Salahkah aku cemburu?

Cemburu?? Setiap 'couple' mesti ada rasa cemburu kan. Bergantung pada orang tu jugak. Kadang-kandang feeling tak se'gah' mana, cemburu pulak tahap giler. Kata orang cemburu tanda sayang, tapi kalau tak cemburu tandanya tak sayang langsung kerr?

Aku sendiri pun ada rasa cemburu. Nak kata teruk sangat tu, aku pun tak tahulah, mungkin awek aku je yang tau. Dulu, aku ada seorang awek. Senang citer dia ni kje kat Genting. Tempat kebal dari maksiat. Itu kata orang la, tapi bagi aku memang betul. Bukat setakat Genting, tempat lain pun ada jugak. Masa tu aku naik genting senyap-senyap, nak tengok apa awek aku buat kat 'atas' sana. Malam tu aku terserempak awek aku kluar dengan mamat mana pun aku tak tahu? Tahu apa yang aku buat? Aku cuba buat tak tahu, tapi tak boleh.

Dipendekkan cite, dia ternampak pulak aku masa tu, di terus lari. Kenapa nak lari? Adakah dia rasa bersalah? ATau takut aku akan marah? Mulanya aku memang tak marah, tapi bila dah jadi macam tu, terdetik perasaan ragu-ragu. Kalau tak salah, kenapa mesti dia larikan diri?

Bila aku tanya, katanya dia takde apa-apa dengan mamat tu, cuma kawan biasa. Dia cuma membalas budi sebab mamat tu tolong dia buat buku Maybank dengan duit permulaan RM10. Boleh terima ke alasan tu? Aku boleh terima, tapi kenapa mesti lari?

Oh, senangnya perempuan macam ni. Terhutang budi sikit je dah boleh diajak keluar malam. Maklumlah, dia berada di dunia 'kebal'. Kalau buat apa-apapun mesti takde masalah kan.

Kadanag-kadang aku takut nak couple perempuan macam ni. Terlalu baik hati sampai terhutang budi yang tak seberapa, boleh diajak keluar malam kesana-sini. Kalau dah macam ni, apa yang dibuat dibelakang kita, sape tahu? Di'atas' sana macam-macam orang ada.

Salahkah aku untuk cemburu untuk ini?

0 comments:

Post a Comment