Restu keluarga

  Setiap pasangan yang berkahwin pastinya memerlukan restu dari keluarga untuk rasakan hidup bahagia, tapi benarkah restu daripada keluarga itu akan bahagia? Bagi aku, tak juga. Kalau tak, takkan la banyak sangat perceraian zaman ni. Kebanyakkannya berkahwin atas restu keluarga juga.

Macamna pula dengan perhubungan yang tidak mendapat restu dari ahli keluarga, maksud aku ibu bapa? Apa yang patut dibuat? Ada sebabnya kenapa ibu bapa tak restu.

Pergaduhan antara dua keluarga. Salah faham antara dua buah keluarga buatkan hubungan aku susah nak dapat restu dari keluarga aku. Aku tidak salahkan mana-mana pihak tapi kenapa boleh jadi macam ni, aku pun keliru. Ada orang cuba melaga-lagakan keluarga aku dengan keluarga kekasih aku. Kenapa?? Apa yang aku buat? Aku tak pernah nak kacau hidup siapa-siapa.

Kalau ikutkan hati, dah lama aku tinggalkan kampung tu, tapi disitulah aku dibesarkan oleh keluarga tersayang aku. Aku sayangkan kampung aku, tapi kenapa ramai sangat orang dengki dengan aku. Macam-macam fitnah dilemparkan sampaikan mak ayah aku percaya dengan cakap diorang. Ikhlas aku cakapkan, aku dah mula bencikan kampung halaman aku sendiri. Tapi disebabkan aku ada mak dan ayah kat sana, aku balik jugak, kalau tak, aku dah tak nak tengok kampung tu lagi.

Pernah sekali aku dituduh kena bomoh. Diorang cakap kekasih aku bomohkan aku. Aduh, zaman macam ni pun percaya lagi dengan benda-benda karut tu. Bila aku cakap aku takde kena bomoh, tau tak apa ayah aku cakap..? ' Orang kena bomoh mana sedar dia kena bomoh'. Puas la aku terangkan yang aku ni waras, takde kena bomoh degan siapa-siapa, tapi takde siapa pun percaya sampaikan adik-adik aku pun tak percayakan aku. Sampaikan aku kena mandi bunga kononnya nak buang 'benda' dalam badan aku. Selidik punya selidik, aku dapat tahu bomoh mana yang diorang maksudkan. Rupanya kaki temberang. Last-last, keluarga aku juga yang malu sebab percayakan bomoh temberang tu.

Salahkah aku cemburu?

Cemburu?? Setiap 'couple' mesti ada rasa cemburu kan. Bergantung pada orang tu jugak. Kadang-kandang feeling tak se'gah' mana, cemburu pulak tahap giler. Kata orang cemburu tanda sayang, tapi kalau tak cemburu tandanya tak sayang langsung kerr?

Aku sendiri pun ada rasa cemburu. Nak kata teruk sangat tu, aku pun tak tahulah, mungkin awek aku je yang tau. Dulu, aku ada seorang awek. Senang citer dia ni kje kat Genting. Tempat kebal dari maksiat. Itu kata orang la, tapi bagi aku memang betul. Bukat setakat Genting, tempat lain pun ada jugak. Masa tu aku naik genting senyap-senyap, nak tengok apa awek aku buat kat 'atas' sana. Malam tu aku terserempak awek aku kluar dengan mamat mana pun aku tak tahu? Tahu apa yang aku buat? Aku cuba buat tak tahu, tapi tak boleh.

Dipendekkan cite, dia ternampak pulak aku masa tu, di terus lari. Kenapa nak lari? Adakah dia rasa bersalah? ATau takut aku akan marah? Mulanya aku memang tak marah, tapi bila dah jadi macam tu, terdetik perasaan ragu-ragu. Kalau tak salah, kenapa mesti dia larikan diri?

Bila aku tanya, katanya dia takde apa-apa dengan mamat tu, cuma kawan biasa. Dia cuma membalas budi sebab mamat tu tolong dia buat buku Maybank dengan duit permulaan RM10. Boleh terima ke alasan tu? Aku boleh terima, tapi kenapa mesti lari?

Oh, senangnya perempuan macam ni. Terhutang budi sikit je dah boleh diajak keluar malam. Maklumlah, dia berada di dunia 'kebal'. Kalau buat apa-apapun mesti takde masalah kan.

Kadanag-kadang aku takut nak couple perempuan macam ni. Terlalu baik hati sampai terhutang budi yang tak seberapa, boleh diajak keluar malam kesana-sini. Kalau dah macam ni, apa yang dibuat dibelakang kita, sape tahu? Di'atas' sana macam-macam orang ada.

Salahkah aku untuk cemburu untuk ini?

Susahnya nak rasa bahagia

Susah ke nak rasa bahagia?? Bergantung pada diri masing2. Ada kalanya sikap kita yang perlu diubah. Bagi kita, mungkin kita rasa kita betul, tapi fikirkan pasangan. Aku rasa apa yang aku buat semuanya betul selama ini, tapi aku silap. Sikap aku buatkan aku terjerat, makan diri sendiri. Buah hati aku tinggalkan aku dan berkahwin dengan orang lain yang boleh memahami dirinya. Mungkin itu yang sepatutnya dapat untuk orang yang macam aku. Sekarang dia dah ada seorang anak hasil dari perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, tapi aku??? Akau tak tahu apa hala tuju aku. Mana arah aku nak pergi?? Cemburunya bila aku lihat orang lain bahagia, tapi aku rasa aku tak layak untuk siapa2. Aku juga tak layak untuk dapatkan bahagia bersama orang yang aku sayang..